Wisma Putra: Elak perjalanan tak perlu ke Bangladesh ketika pilihan raya
Diterbitkan: Jan 5, 2024 9:57 PM
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke Bangladesh semasa pilihan raya umum negara itu pada 7 Jan 2024, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Wisma Putra dalam kenyataan pada Jumaat juga menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh supaya berwaspada dan mengelak menyertai mana-mana perhimpunan politik.
Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan memantau rapat perkembangan Pilihan Raya Umum ke-12 negara itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, diminta menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di talian +88 0241081892/1895 dan untuk kecemasan +88 018 4179 8077 atau e-mel mwdhaka@kln.gov.my
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/08/b23df0003d3fb095e1018e55f028ee04.jpg)
