Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong mulakan tugas dengan terima menghadap Anwar
Diterbitkan:  Feb 1, 2024 3:35 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memulakan tugas pertama dengan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pertemuan Anwar bersama Seri Paduka berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Gambar pertemuan itu dikongsi dalam media sosial baginda sebentar tadi.

Butiran perbincangan mereka tidak didedahkan.

Baginda melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Sultan Ibrahim dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lepas bagi tempoh lima tahun bermula semalam.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahannya kelmarin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS