Penulis buku Kpg Medan dibenar pohon semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada penulis buku mengenai insiden Kampung Medan yang diharamkan untuk memohon semakan kehakiman terhadap pengharaman tersebut.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada penulis buku mengenai insiden Kampung Medan yang diharamkan untuk memohon semakan kehakiman terhadap pengharaman tersebut.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim dari bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas mahkamah berkenaan memutuskan demikian selepas peguam kanan persekutuan, Suzana Atan memberitahu mahkamah bahawa Pejabat Peguam Negara tiada sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.
Penulis buku itu, K Arumugam memohon untuk mmbatalkan pengharaman tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri dan membenarkan bukunya yang bertajuk March 8, didedarkan.
Buku tersebut mengandungi analisa mengenai konflik Kampung Medah pada 2001 yang menyaksikan enam orang terbunuh dan lebih 90 lagi cedera - sebahagian besarnya India.
'Kemenangan kecil'
Arumugam menyifatkan pengharaman bukunya itu sebagai satu percubaan oleh pihak kerajaan untuk mengelak tanggungjawabnya terhadap insiden tersebut.
Ketika dihubungi, peguamnya, Amer Hamzah Arshad berkata, walaupun ia hanya satu kebenaran mahkamah, tetapi ia boleh dianggap sebagai 'satu kemenangan kecil.
"Agak mengejutkan, mereka tidak membuat sebarang bantahan pagi ini," katanya sambil menambah bahawa perkara utama dalam permohonan semakan kehakiman itu adalah mengenai kebebasan bersuara dan hak untuk menyebar maklumat.
Buku tulisan Arumugam itu diharamkan bersama lima buku lain Januari lalu.
Yang lainnya termasuk Kamasutra: Apakah Kebaikannya oleh Drs Munir Rahmat, Pengakuan Mangsa Rogol oleh Ayu Mayangsari, Negara Tuhan oleh Tigga, The Origin of Species oleh F Susilohardo Basuki Hernowo, Islam and the West: A New Political and Religious Order Post September 11 oleh Robert Van de Weyer. Berita asal

