Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Insentif kepada Taylor Swift bukan untuk cetus permusuhan - PM Singapura
Diterbitkan:  Mar 5, 2024 2:02 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata langkah menjadikan negara itu sebagai destinasi tunggal konsert bintang pop Taylor Swift di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau itu.

Beliau berkata insentif tertentu disediakan oleh dana pembangunan pelancongan Singapura dan langkah itu terbukti sangat berjaya untuk negara itu.

Lee Hsien Loong

"... terdapat dana pasca-Covid untuk memulihkan sektor pelancongan selepas Covid dan satu perjanjian telah dicapai dan ia telah terbukti sebagai langkah sangat berjaya. Saya tidak nampak ia sebagai tidak mesra," katanya.

Lee menjawab soalan wartawan pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese yang diadakan selepas Mesyuarat Tahunan Pemimpin Singapura-Australia kali ke-9 di Melbourne, Australia.

Beliau juga berada di Melbourne bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia untuk memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog Asean-Australia.

Srettha Thavisin

Sebelum ini perdana menteri Thailand, Srettha Thavisin dilaporkan berkata beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Singapura memberikan sokongan kewangan untuk konsert Swift, menawarkan antara AS$2 juta hingga AS$3 juta bagi setiap persembahan untuk mendapatkan hak eksklusif di Asia Tenggara.

Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura Edwin Tong bagaimanapun memberitahu CNA bahawa jumlah itu "tidak setinggi” seperti mana yang dilaporkan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS