Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bersatu hantar cadangan pindaan perlembagaan kepada ROS

Parti Bersatu telah menghantar cadangan pindaan perlembagaan di bawah Fasal 10 Perlembagaan parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini berkata dokumen berkaitan pindaan itu telah diserahkan kepada Ketua Pengarah ROS Datuk Mohd Zulfikar Ahmad di pejabat jabatan berkenaan di Putrajaya.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta kepimpinan tertinggi Bersatu yang lain.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lepas meluluskan pindaan berhubung perlucutan keahlian bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong pihak bertentangan dengan parti itu.

Pindaan itu melibatkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti, iaitu dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Pindaan itu dibuat selepas enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Bernama

Lihat Komen
ADS