Suhu panas tahap berjaga-jaga di 8 kawasan utara Semenanjung
Diterbitkan: Mar 14, 2024 6:30 AM
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.
Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ .
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/43969924c7ad3cc4475ebe096675e89a.jpg)
