Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada siasatan, polis tak terima laporan isu stoking bertulis 'Allah'

Polis tidak menerima sebarang laporan mengenai stoking bertulis “Allah” yang dijual di kedai serbaneka KK Mart seperti mana tular di media sosial.

Sehubungan itu, Ketua polis Selangor, Hussein Omar Khan ketika dihubungi Malaysiakini berkata, pihaknya tidak membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan.

KK Mart pada hari Rabu lalu memohon maaf atas kesilapan itu, selepas isu itu menjadi tular di internet dan telah menghentikan penjualan stoking tersebut.

Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada "semua pelanggan KK Mart, terutamanya yang beragama Islam", KK Mart berkata stoking jenama Mranosock itu diletakkan di cawangannya di Bandar Sunway secara konsainan oleh vendor.

"Kami juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

"KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini.

"Sekali lagi, kami memohon maaf dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi," kata KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, yang mengendalikan kedai 24 jam. itu.

https://www.tiktok.com/@malaysia_kini?refer=embed @malaysia_kini Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf. Ini susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya. Sumber video: https:// youtu.be /FxuYCZvhUD8 https://www.tiktok.com/tag/malaysiakini?refer=embed #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #kedairangkaianserbaneka #KKSuperMart https://www.tiktok.com/tag/superstoresdnbhd?refer=embed #SuperstoreSdnbhd #KKSuperMart #memohonmaaf #penjualanstoking #Miranosock https://www.tiktok.com/tag/bandarsunway?refer=embed #BandarSunway #PetalingJaya ♬ bunyi asal - Malaysiakini
< skrip async src=" https://www.tiktok.com/embed.js ">

KK Mart juga menerbitkan permohonan maaf daripada vendor, Xin Jiang Chang Sdn Bhd yang berpusat di Batu Pahat yang mengakui kesilapan mereka kerana "tidak memeriksa dengan teliti produk yang diperoleh dari China".

"Kami akan lebih berhati-hati dan peka pada masa hadapan," kata vendor itu.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Stoking berkenaan dijual pada harga RM6.99 sepasang.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali memberitahu Dewan Rakyat kementeriannya sedang meneliti sama ada KK Mart telah melanggar mana-mana undang-undang berhubung perkara itu atau sebaliknya.

Lihat Komen
ADS