Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid adakan mesyuarat tertutup dengan 14 ketua Umno bahagian Kelantan
Diterbitkan:  Mar 16, 2024 8:08 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua Umno Bahagian Negeri Kelantan di kediaman Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dekat Mukim Batang Merbau di Tanah Merah.

Perjumpaan itu bermula pada 5.20 petang.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri itu disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersama beberapa pimpinan Umno negeri.

Perjumpaan hampir sejam itu turut dihadiri Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri Umno Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS