Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Biar Sanusi jaga projek bilion ringgit, saya jaga projek kecil - Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menjawab rungutan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai ketiadaan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.

Secara sinis, Saifuddin berkata dia mahukan Sanusi memberi tumpuan sepenuhnya membangunkan Greater Kedah, manakala dia hanya akan memberi perhatian terhadap beberapa projek kecil di negeri itu.

"Saya nak bagi masa seluas-luasnya kepada Sanusi untuk bangunkan Greater Kedah. Saya biar jaga isu kecil-kecil di Kedah.

"Saya tidak mahu ganggu dia. Dia nak tambak tanah di Langkawi, kemudian dia nak buat jambatan darat. Saya nak dia tumpukan kepada Greater Kedah.

"Kalau pun tak ada satu mesyuarat atas nama Majlis Tindakan kerana saya percaya fokus Sanusi ialah Greater Kedah, saya tak mahu ganggu dia, biar dia bangunkan Airport Kulim, biar dia lengkapkan dulu tambun tanah projek 'reclaim' dekat Sungai Petani berjumlah RM40 bilion.

"Bagi saya jaga projek kecil. Biar dia jaga projek bilion-bilion,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan kerakyatan di kementeriannya hari ini.

Sebelum ini, Sanusi melahirkan rasa kecewa terhadap dakwaan bahawa Saifuddin enggan mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata sikap Muhammad Sanusi tidak menjaga rahsia menjadi antara faktor menyebabkan mesyuarat itu tidak diadakan lebih setahun.

Justeru, Saifuddin berkata Sanusi tidak sepatutnya merungut mengenai perkara berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS