Ali Rustam akui ternakan babi di Alor Gajah jejas penduduk
Ternakan babi secara besar-besaran di daerah Alor Gajah telah menjejas kehidupan penduduk akibat pencemaran air dan bau busuk, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ternakan babi secara besar-besaran di daerah Alor Gajah telah menjejas kehidupan penduduk akibat pencemaran air dan bau busuk, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, apabila beliau bercadang menutup ladang ternakan termasuk di Paya Mengkuang dan Bukit Beruang (di daerah Alor Gajah), tampil pihak yang menentang terutama pengusaha, parti DAP dan MCA sendiri.
"Bila kita kata berhenti (tutup), DAP kacau kita, MCA tengok DAP kacau, dia datang jumpa saya, dia takut hilang undi pada pilihanraya.
"Tetapi orang kampung datang jumpa saya mengadu. Akhbar pula bantai saya, DAP bantai saya, MCA pun bantai saya, penternak babi bantai saya, lama-lama saya mati seorang," katanya ketika menggulung ucapan penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta penternak babi di negeri ini menghadkan ternakan maksimum 48,000 ekor bagi mengawal pencemaran, demikian menurut laporan Bernama.
"Pelihara babi sehingga 150,000 ekor, mana orang kampung boleh tahan," katanya sambil menambah, penduduk kampung kerap mengadu mengenai pencemaran yang semakin menghimpit kehidupan mereka.
Mohd Ali berkata oleh kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) adil, kerajaan tidak menutup ladang itu tetapi menghadkan jumlah ternakan kepada 48,000 ekor kerana itu langkah terbaik mengatasi pencemaran.
Tetapi pengusaha berdegil dengan menternak sehingga 150,000 ekor, katanya.
Minta DAP, MCA bantu
"Lima puluh tahun dulu, belakang rumah ketua menteri (Mohd Ali) di Bukit Katil pun ada orang Cina pelihara babi, itu dulu, sekarang sudah tidak ada lagi. Melaka sudah maju," katanya.
Beliau berkata, ladang ternakan babi di Jasin telah ditutup kerana mencemari kawasan tadahan air manakala di Bukit Rambai, juga ditutup atas perintah mahkamah.
Menurutnya, tindakan kerajaan itu bagi menjamin kualiti hidup rakyat bukan hendak menganiaya mana-mana pihak.
Mohd Ali meminta pemimpin MCA dan DAP membantu supaya pengusaha menternak pada jumlah ditetapkan kerajaan.
Enam anggota DUN mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan - Datuk Wira Amid Nordin (BN-Telok Mas), Datuk Nawi Ahmad (BN-Taboh Naning), Goh Leong San (DAP-Bandar Hilir), Datuk Tahir Hassan (BN-Paya Rumput), Datuk Abu Pit (BN-Sungai Rambai), dan Gan Tian Loo (BN-Duyong). Persidangan dewan ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.