Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Naikkan gaji minimum - PSM
Diterbitkan:  Apr 8, 2024 12:23 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum dan mencadangkannya diumumkan sempena Hari Pekerja pada 1 Mei.

Katanya, penetapan gaji minimum harus dinilai semula setiap dua tahun sekali.

Kali terakhir semakan dibuat pada 1 Mei 2022.

“Ini bermakna tarikh baru (semakan semula) secara teknikalnya pada 1 Mei 2024,” katanya.

Arutchelvan berkata kenaikan dari 1,200 kepada RM 1,500 sebelum ini tidak dapat dinikmati semua pekerja.

Ini kerana pekerja yang tidak cukup pengalaman lima tahun hanya mendapat manfaatnya pada 1 Julai 2023.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS