Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan dia mengabaikan kepentingan masyarakat India sejak memegang jawatan tertinggi itu.

Sambil menyebut beberapa program yang sedang dirangka, Anwar berkata adalah tidak adil untuk mengatakan dia tidak melakukan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah kaum India.

“Penyelesaian masalah kaum India bukan sahaja melalui Mitra. Selain (Mitra) Unit Transformasi India Malaysia, kita juga ada Tekun, di mana kita memperuntukkan RM30 juta hanya untuk kaum India (usahawan mikro).

“Ada juga Amanah Ikhtiar Malaysia, yang saya tubuhkan beberapa dekad lalu untuk orang Melayu yang sangat miskin, tetapi sekarang pada 2024, kita ada RM50 juta hanya untuk menampung keluarga India.

"Ia juga termasuk pembaikan infrastruktur asas kebersihan di sekolah Tamil.

“Jika saya tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat India, anda berhak ‘menikam’ saya,” katanya hari ini.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-133 Dr Ambedkar yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS