Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lee lepas jawatan PM S'pura sebulan lagi
Diterbitkan:  Apr 15, 2024 4:36 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong secara rasmi akan menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara itu kepada Timbalannya Lawrence Wong pada 15 Mei depan.

"TPM Wong mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen PAP.

"Perdana Menteri baharu akan mengangkat sumpah pada 8.00 malam pada 15 Mei 2024 di Istana," kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri Singapura hari ini mengenai peralihan kuasa.

Hujung tahun lalu, Lee telah mengumumkan akan menyerahkan baton kepada Wong sebelum pilihan raya umum Singapura akan datang, yang mesti diadakan menjelang November 2025.

Timbalan Perdana Menteri SIngapura Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan nombor satu negara itu.

"Saya meminta semua rakyat Singapura memberi sokongan penuh kepada Lawrence dan pasukannya, dan bekerjasama dengan mereka untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk Singapura," kata Lee pada hantaran berasingan di media sosial hari ini.

Lee, 72 tahun memegang jawatan perdana menteri sejak 12 Ogos 2004.

PAP memerintah Singapura selama 65 tahun sejak 1959 dengan penguasaan kukuh kerusi parlimen.

Lee anak sulung kepada pengasas Singapura dan perdana menteri paling lama mentadbir negara itu Lee Kuan Yew (1959 ke 1990).


Lihat Komen
ADS