Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kekerapan LRT laluan Kelana Jaya terjejas, sistem bekalan kuasa disambar petir
Diterbitkan:  Apr 16, 2024 8:33 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Laluan LRT Kelana Jaya beroperasi dengan kereta api yang lebih sedikit daripada biasa untuk waktu sibuk petang tadi, menyebabkan masa menunggu yang lebih lama.

Pengendalinya Rapid Rail Sdn Bhd berkata ini disebabkan kerosakan elektrik akibat disambar petir. Pembaikan sudah dijalankan.

"Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 3.30 petang telah mengakibatkan tren-tren tambahan dari Depoh LRT Subang tidak dapat digerakkan untuk kegunaan operasi waktu puncak.

"Susulan daripada gangguan ini, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kekerapan tren 4 hingga 5 minit.

"Beberapa fasiliti seperti eskalator, lampu dan lif di tiga stesen LRT iaitu di Stesen Kelana Jaya, Stesen Taman Bahagia dan Stesen Taman Jaya tidak dapat berfungsi.

"Namun pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan LRT seperti biasa di stesen-stesen tersebut,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Rapid KL juga mencadangkan pengguna untuk menggunakan laluan rel alternatif:

· LRT KL Sentral – MRT Muzium Negara & Monorel KL Sentral

· LRT Dang Wangi – Monorel Bukit Nanas

· LRT KLCC LRT – MRT Persiaran KLCC

Lihat Komen
ADS