Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan MB lulus tanah pada syarikat sendiri taktik terdesak PRK - Setpol
Diterbitkan:  Apr 20, 2024 9:38 PM
Dikemaskini: 1:38 PM

Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan tuduhan yang diputar belit ketika Pilihan Raya Negeri sebelum ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad berkata taktik itu adalah cubaan terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu yang amat mudah dibaca jalan cerita dan skripnya.

“Saya telah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Badrulhisham Shahrin, atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, yang mendakwa Datuk Seri Amirudin Shari telah meluluskan tanah kepada syarikat beliau sendiri.

“Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd,” menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membersihkan nama Amirudin berhubung dakwaan itu.

“Dengan beberapa fakta salah dan tersasar yang dikenal pasti melalui hantaran beliau terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancarkan serangan politik murahan,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS