Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suspek kes tembak di KLIA akan didakwa esok
Diterbitkan:  Apr 23, 2024 8:40 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, esok.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun mengesahkan suspek berusia 38 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, esok dan kemudiannya akan dibawa ke Mahkamah Sepang, Selangor,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu suspek yang dikenali sebagai Hafizul Hawari disambung reman lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu.

Tempoh tahanan reman terhadap Hafizul dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini suspek yang melarikan diri selepas kejadian tembakan dikesan dan ditangkap di Kota Bharu pada 15 April lalu dan direman seminggu.

Dalam tangkapan itu pihak polis antara lain turut merampas sepucuk pistol beserta peluru hidup, wang tunai mata wang Arab Saudi serta Thailand, sebuah kereta dan mercun bola.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS