Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai Kor Ming calon PH di KKB - sumber
Diterbitkan:  Apr 24, 2024 12:44 PM
Dikemaskini: 5:09 AM
  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Setiausaha akhbar kepada menteri perumahan Nga Kor Ming dikatakan akan dinamakan sebagai calon DAP untuk  pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu (KKB).

Menurut sumber Pakatan Harapan (PH), nama Pang Sock Tao akan diumumkan dalam secara rasmi di pusat khidmat wakil rakyat mereka di Taman Gamelan, KKB malam ini.

“Saya dengar calon ini, pegawai Nga Kor Ming,” katanya.

Keputusan itu dikatakan dibuat minggu lalu.

Wanita 31 tahun dari Ampang, Selangor, itu pernah bertugas penyampai berita untuk Ubah TV, saluran video milik DAP.

Malaysiakini sudah menghubungi Pang dan sedang menunggu maklum balasnya.

Semalam Pengarah pilihan raya kecil Pakatan Harapan (PH) Ng Sze Han berkata sepuluh nama berpotensi disenarai pendek dan dimuktamadkan dalam mesyuarat kepimpinan tertingginya malam tadi.

Katanya, 10 nama disenarai pendek meliputi kaum Melayu, Cina dan India.

Nama-nama lain dispekulasikan sebelum ini termasuk Mandeep Singh, setiausaha politik kepada Menteri Digital Gobind Singh, ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Saripah Bakar dan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Alice Choo Foong Thye.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat barah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

PRK KKB adalah PRK ketujuh selepas PRU15 selepas Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember).

Seramai 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK ini.

Daripada jumlah itu, seramai 39,362 orang adalah pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, 625 orang polis dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

KKB ialah kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu sebanyak 46 peratus, Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus) yang memberikan kelebihan kepada PH.

Lihat Komen
ADS