Paling Popular
Terkini

Selepas hadir memberi keterangan kepada SPRM selama sembilan jam, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli nampaknya tidak memberi butiran lanjut mengenai siasatan suruhanjaya itu.

Ditanya mengenai kes dia dipanggil untuk dirakam percakapan itu, dia menjawab: "Macam-macam lah."

Menjawab soalan bahagian mana dia disiasat, dia berkata: "Saya pun tak pasti".

Shukri yang ditemui di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya juga berkata suruhanjaya itu tidak akan menghubunginya lagi.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Shukri "ditahan" walaupun PAS mendakwa sebaliknya.

Azam memaklumkan ahli politik itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataannya direkodkan berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.

[Baca berita asal]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

https://mk.my/wa_mkinibm


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS