Najib nafi sebarang kaitan dengan pembunuhan Altantuya
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menafikan sebarang pembabitan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan menuduh pihak pembangkang sengaja cuba mengaitkannya dengan kes tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menafikan sebarang pembabitan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan menuduh pihak pembangkang sengaja cuba mengaitkannya dengan kes tersebut.
Dalam temubual yang disiarkan dalam akhbar Straits Times Singapura hari ini, Najib ditanya mengenai kes tersebut di mana teman rapatnya, penganalisa politik Abdul Razak Baginda, 47, dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut.
Hakikatnya, tegas Najib, ialah ianya adalah satu isu peribadi yang tiada ada kena mengena dengan beliau.
Menurutnya pihak pembangkang "begitu terdesak untuk mengaitkan apa sahaja yang mereka boleh' tetapi rakyat tidak akan mempercayainya.
Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan Perdana Menteri dan Najib, dituduh membunuh Altantuya.
Siar gambar
Sebelum ini, seorang saksi, Burmaa Oyunchimeg, yang juga sepupu mangsa, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya sedang makan dengan Abdul Razak dan seorang 'pegawai kerajaan' serta beberapa orang lain,
Burmaa tidak mengenalpasti pegawai tersebut sebagai timbalan perdana menteri tetapi berkata Altantuya memberitahunya bahawa orang itu bernama 'Najib Razak".
Ekoran keterangan tersebut, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, telah menyiarkan sekeping gambar pertindihan imej dalam blognya yang menunjukkan Najib bersama Altantuya.
Tian dilaporkan berkata, beliau berbuat demikian untuk mendesak Najib supaya menjelaskan kaitannya dalam kes tersebut.
Suruhanjaya Multimedia danKomunikasi Malaysia (SMKM) yang mengawasi internet berkata, pihaknya sedang menyiasat foto tersebut.
Seorang anggota polis memberitahu mahkamah berkenaan baru-baru ini bahawa hanya tinggal tulang sahaja selepas Altantuya yang ditembak mati, dan kemudiannya "diletupkan: di sebuah kawasan hutan di Shah Alam.
- AFP

