Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rusia hantar pesawat dan penyelamat sertai usaha pencarian di Iran
Diterbitkan:  May 20, 2024 11:08 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Rusia akan menghantar dua pesawat canggih yang dilengkapi dengan helikopter khas dan 50 penyelamat gunung profesional untuk bergabung dengan pasukan Iran dalam operasi mencari helikopter terhempas yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.

"Selaras dengan arahan presiden Rusia, dua pesawat canggih dengan helikopter khas akan dihantar ke Tabriz bersama 50 penyelamat gunung profesional dalam masa satu jam," kata seorang pembantu kepada Presiden Rusia, Igor Levitin dalam panggilan telefon kepada Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Mokhbar pada Isnin.

"Pada pagi Isnin, dua helikopter Rusia akan berlepas ke Tabriz dari Armenia," tambahnya, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Levitin menegaskan kerajaan Rusia dan Putin sendiri prihatin tentang keselamatan Presiden Raisi dan pasukan pengiringnya dan mengucapkan salam, hormat dan simpati ikhlas kepada kepemimpinan dan rakyat Iran pada masa ini.

Dalam perbualan telefon tersebut, Mokhbar mengucapkan terima kasih atas sokongan presiden dan kerajaan Rusia kepada Iran pada masa kecemasan ini.

- Bernama-IRNA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS