DAP alu-alukan kemasukan Jeff Ooi
DAP hari ini secara rasmi menerima kemasukan blogger Jeff Ooi ke dalam parti pembangkang tersebut.
DAP hari ini secara rasmi menerima kemasukan blogger Jeff Ooi ke dalam parti pembangkang tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemasukan blogger terkemuka seperti Ooi akan menjadi pemangkin kepada yang lainnya untuk menurut jejak langkahnya.
Lim menegaskan demikian ketika berucap mengalu-alukan kemasukan Ooi dalam satu majlis di Petaling Jaya pagi tadi.
Ketika menjawab soalan wartawan kemudiannya Lim berkata, Ooi menyertai DAP bukan kerana dia dijanjikan kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.
"Ooi ikhlas menyertai DAP, dia menyertai parti ini tanpa sebarang syarat (tetapi) kami pastinya akan menimbang beliau bertanding kerusi Parlimen," katanya, sambil menambah Ooi adalah seorang calon yang layak bertanding.
Sumber-sumber parti itu berkata, Ooi mungkin bertanding sama ada di Kelana Jaya atau di Serdang.
Ditanya sama ada ia satu budaya yang sihat bagi parti politik menawarkan kerusi sebagai ganjaran kepada ahli baru, Lim berkata, sebenarnya mereka yang menyertai pembangkang tidak mendapat sebarang keuntungan dari segi material.
Serah borang
"Sebaliknya, sebaik sahaja anda terpilih (sebagai wakil rakyat pembangkang), maka bermula masalahnya," tambah beliau.
Dalam ucapan sulungnya, Ooi menggariskan beberapa bidang tumpuannya, termasuk perpaduan rakyat, pengagihan samarata kekayaan negeri, menggalakkan urustadbir yang baik dan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Ooi mula menjadi blogger di Screenshots empat tahun yang lalu. Beliau juga adalah bekas ahli Gerakan, salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).
Di majlis tersebut, Ooi juga mengumumkan blog politiknya yang baru -- Jeff 4 Malaysia -- serta menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Tan Tan Kok Wai.
Bagaimanapun, Ooi dan Lim enggan menyatakan cawangan DAP yang bakal disertainya.
Antara blogger yang turut hadir Ahirudin Attan, Nuraina A Samad dan peguam Haris Ibrahim. Berita asal

