Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM: Bekas setpol, anak MB Perlis didakwa esok

Anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis esok atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada lapan pagi.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudiannya berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Dalam pada itu, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8.30 pagi esok.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS