VW kaji aset Proton
Firma pembuat kereta terkemuka Eropah, Volkswagen sedang mengkaji 'aset-aset tertentu' syarikat kereta nasional Malaysia, Proton, demikian menurut laporan sebuah akhbar kewangan semalam, menandatakan perbincangan antara kedua pihak sedang berjalan.
Firma pembuat kereta terkemuka Eropah, Volkswagen sedang mengkaji 'aset-aset tertentu' syarikat kereta nasional Malaysia, Proton, demikian menurut laporan sebuah akhbar kewangan semalam, menandatakan perbincangan antara kedua pihak sedang berjalan.
Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan Volkswagen dari Jerman itu mengenai kemungkinan mewujudkan pakatan strategik untuk menyelamatkan syarikat kerera negara itu itu.
Akhbar the Edge memetik sumber-sumber sebagai berkata, Volkswagen dijangka mengkaji aset-aset tertentu Proton Holdings Bhd dalam bulan ini.
Menurut akhbar tersebut, difahamkan pihak pengurusan kanan Proton telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka telah diarahkan supaya memberi kerjasama sebaik mungkin.
Proton memerlukan kepakaran teknikal asing untuk memulihkan kemorosotan jualan keretanya serta mengatasi kerugian yang dialaminya sekarang.
Laporan sebelum ini menyatakan, Volkswagen dijangka bersetuju membayar tunai bagi pegangan 51 peratus dalam syarikat baru yang akan memiliki aset Proton. The Edge berkata, VW akan melaburkan sebanyak "beberapa ratus juta ringgit" untuk memulakan usahasama tersebut.
Proton dan Volkswagen telah mengadakan perbincangan kali ketiga di Jerman baru-baru ini, selepas mengadakan perbincangan di Thailand dan Amerika Syarikat.
Syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional merupakan pemegang ekuiti terbesar Proton, sebanyak 42.74 peratus. Manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memegang 12.07 peratus dan Petronas (8.84 peratus).
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Azman Mokhtar menetapkan hujung tahun ini sebagai tarikh akhir untuk mematlamatkan perbincangan Proton dengan Volkswagen.
Tahun lalu, Proton kehilangan statusnya sebagai syarikat penjual kereta terbesar di negara ini kepada pesaingnya, Perodua, dan baru-baru ini telah melaporkan kerugian sebanyak RM592.36 juta pada akhir Mac 2007.
- AFP

