Negaraku: Namewee tuduh laporan akhbar Melayu punca kontroversi
Seorang pelajar Malaysia yang didakwa menghina lagu Negaraku, menuduhkan akhbar berbahasa Melayu, Harian Metro sebagai punca berlaku kontroversi berhubung isu tersebut.
Seorang pelajar Malaysia yang didakwa menghina lagu Negaraku, menuduhkan akhbar berbahasa Melayu, Harian Metro sebagai punca berlaku kontroversi berhubung isu tersebut.
Wee Meng Chee, 24, anak kelahiran Johor itu mendakwa, laporan dalam akhbar berkenaan "tidak beretika, subjektif dan mengelirukan" dan telah menimbulkan persepsi negatif terhadapnya di mata masyarakat.
"Saya telah menjadi mangsa Harian Metro. Laporan tersebut keterlaluan.
"Lirik saya tidak mengkritik (sesiapa), Saya hanya menceritakan (bagaimana saya melihat negara saya) tetapi mereka telah menyalahlaporkan semua kenyataan saya itu," katanya dalam temubual melalui telefon dengan malaysiakini semalam.
Rabu lalu, Harian Metro melaporkan bahawa Negarakuku nyayian Wee telah menghina Islam dan lagu kebangsaan, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di seluruh negara.
'Soalan biadap'
Wee yang kecewa dengan apa yang berlaku, mendakwa akhbar tersebut telah memfitnahnya dan mengakibatkan tekanan terhadap keluarganya.
"Kini mesej yang disiarkan melalui YouTube kata orang Melayu mahu mengebom keluarga saya, membakar rumah saya, membunuh ahli keluarga saya dan lain-lain.
"Harian Metro berkata saya menghasut (rakyat), tetapi sebaliknya saya fikir akhbar tersebut yang menghasut rakyat," katatanya.
Dikenali sebagai Namewee di Internet, Wee menjadi tumpuan selepas tersiarkan rap video selama enam minit itu di YouTube yang telah disaksikan oleh lebih stengah juta orang.
Wee mendedahkan, dia telah bertengkar sebanyak dua kali dengan wartawan Harian Metro melalui telefon kerana wartawan itu telah mengemukakan soalan yang menunjukkan seolah-olah dia bersalah.
Katanya, wartawan tersebut bertanya kepadanya: 'awak telah menghina lagu kebangsaan dan agama, bagaimana kamu hendak menjelaskannya?".
"Dia asyik marahkan saya dan bertanya apakah reaksi saya jika dia menghina agama saya. Saya berulangkali berkata yang saya tidak menghina agama (orang Islam)," jelas Wee.
Wee juga berkata, wartawan tersebut telah menuduhnya tidak memahami prinsip-prinsip agama kerana Wee memberitahunya yang dia tidak mempunyai agama.
Pihak kerajaan mendakwa bahawa lagu rap Negaraku nyanyian Wee dalam campuran bahasa Malaysia dan Mandarin, mengandungi telah lirik-lirik yang sensitif dan berunsur hasutan. Ia juga turut mencerminkan polis Malaysia sebagai pemeras rasuah.
Jumaat lalu, akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia melaporkan Wee telah memohon maaf kepada rakyat dan umat Islam berhubung nyanyian lagu negaraku itu. Wee bagaimanapun, menafikannya.
'Tunjukkan kesalahan saya'
"Jika mereka (kerajaan) mahu saya memohon maaf, mereka mesti tunjukkan apakah kesalahan saya dan ia mesti dibuktikan melalui undang-undang.
"Saya akan hanya memohon maaf kita undang-undang mendapati saya bersalah. Saya tidak akan menyesal kerana niat saya (membuat video tersebut) adalah baik," tegas Wee.
Beliau menjelaskan bahawa lagu tersebut ditulis supaya negara-negara lain tahu lebih lanjut mengenai Malaysia yang sebenarnya.
Wee berkata, dia tidak takut untuk pulang ke Malaysia selepas menamatkan tahun akhir pengajiannya di Taiwan.
Dia telah menterjemahkan lirik lagu itu ke dalam versi bahasa Malaysia, supaya orang faham kandungan sebenar lagu tersebut.
Sementara itu, Institut Penyelidikan Masyarakat, sebuah pertubuhan yang mendakwa mempromosi perpaduan di kalangan belia, telah membuat laporan polis berhubung lagu tersebut di balai polis Dang Wangi semalam.
Jurucakapnya mahu kerakyatan Wee dimansuhkan sebagai satu hukuman. Berita asal

