Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis buru suspek kes pecah cermin 6 kereta dekat stesen LRT
Diterbitkan:  Jul 5, 2024 12:04 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Polis sedang mengesan suspek yang memecahkan enam cermin kereta yang diparkir di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan Selasa lepas dan siasatan mendapati kesemua kenderaan terbabit diparkir oleh pemilik masing-masing bermula kira-kira 3 petang pada Isnin.

"Beberapa bahagian cermin kereta terbabit dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan harinya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ravindar Singh berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian berkenaan.

Hari ini tular di media sosial video berdurasi 47 saat memaparkan cermin beberapa kereta di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, dipecahkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS