PM: Perlu ikut kehendak majoriti...
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sedar bahawa tidak semua orang MCA, orang Umno dan orang MIC setuju dengan apa yang kerajaan buat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sedar bahawa tidak semua orang MCA, orang Umno dan orang MIC setuju dengan apa yang kerajaan buat.
Namun, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno itu, berkata mereka kena kena ikut kehendak majoriti.
"Orang Melayu komplen, orang Cina komplen, orang India komplen tetapi kerajaan akan pastikan ia diberi secara adil dan saksama," katanya Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-54 di ibu negara hari ini.
Hadir sama ialah Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan pucuk pimpinan kanan MCA.
Abdullah berkata, BN mengutamakan muafakat dan oleh itu kabinet membincangkan pelbagai perkara yang sensitif secara terbuka di mana semua kaum boleh membangkitkannya.
Katanya, seorang pemimpin negara Malaysia yang baik ialah pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum di negara ini.
"Jika pemimpin tersebut hanya membantu satu kaum sahaja, ia bukanlah pemimpin yang baik," katanya.
'Fikir kaum lain juga'
Perdana Menteri juga berkata, kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua orang dan tidak ada kaum yang dapat seratus peratus seperti yang mereka mahukan.
"Jika satu kaum itu bercakap, dia mesti perlu fikirkan kaum lain juga. Apa jua tindakan, kena ambil kira kehendak orang lain juga.
"Kalau orang Cina bercakap, mereka perlu juga fikirkan perasaan orang Melayu," kata Perdana Menteri yang dipercaya merujuk kepada ucapan Presiden MCa, Datuk Seri Ong Ka Ting sebelum itu yang meminta kerajaan memberi lebih banyak tender secara terbuka, selain kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), supaya usahawan Cina juga berpeluang mendapatnya.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan akan memastikan pembahagiannya dibuat secara adil dan dibuat dengan jujur dan ikhlas.
Untuk itu, kata Abdullah, semua kaum tidak boleh memikirkan kaum mereka sahaja, sebaliknya mesti turut memikirkan kaum lain juga.
Beliau juga menegaskan pentingnya supaya jangan melupai perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama dan sebarang tindakan tidak terkeluar dari landasan sedia ada.

