Pemimpin Muda dibenar rujuk Akta Perhimpunan Aman ke Mahkamah Persekutuan
Diterbitkan: Aug 8, 2024 12:38 PM | Dikemas kini: Aug 8, 2024 3:44 PM
Mahkamah Persekutuan akan meneliti kesahihan undang-undang perhimpunan aman yang Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi berdepan pertuduhan jenayah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan tertuduh untuk Mahkamah Persekutuan menentukan kesesuaian perlembagaan mengenai peruntukan yang memerlukan notis lima hari diberikan kepada polis.

Kes jenayah Amir itu dikaitkan dengan dakwaan kegagalannya memberikan notis kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan bantahan berhubung isu kapal tempur pesisir (LCS) pada 2022.
Dia mencabar kesahihan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/1135/30c961e05fc29709b18782056797e404.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.