Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO rancang demo depan kedutaan Bangladesh esok
Diterbitkan:  Aug 14, 2024 1:57 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Gabungan 35 NGO merancang mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur esok.

Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia (GHRF) president S Shashi Kumar berkata perhimpunan itu bertujuan mengetengahkan keganasan di Bangladesh serta kegagalan kerajaan Malaysia mengecam serangan terhadap kumpulan minoriti Hindu.

“Rumah, tempat perniagaan dan kuil dirosakkan, dijarah, dibakar dan dimusnahkan, meninggalkan jejak kemusnahan dan trauma.

“Kami juga menggesa dan menuntut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu campur tangan kerana kerajaan yang baru dibentuk bawah Muhammad Yunus gagal membendung keadaan dan nyawa kumpulan minoriti yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan.

Serangan terhadap penganut Hindu berlaku selepas perdana menteri  Sheikh Hasina dijatuhkan. Penduduk Hindu dilihat sebagai penyokong parti Hasina, Liga Awami.

Pagi ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan Yunus memberitahunya bahawa hak rakyat Bangladesh termasuk golongan minoriti akan dilindungi.

Semalam, bekas anggota parlimen DAP Charles Santiago menggesa Anwar bersuara untuk menamatkan keganasan terhadap golongan Hindu di negara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS