Paling Popular
Terkini
story images
story images

PAU 2024 | Umno perlu memohon maaf kepada orang Melayu sekiranya parti itu telah melakukan kesilapan semasa menerajui negara selama lebih 60 tahun, kata naib presiden Umno, Johari Abdul Ghani hari ini.

Semasa ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini, Johari mengingatkan perwakilan supaya tidak terlalu leka dengan kejayaan lampau mereka dan sejarah parti itu.

"Jika gagal dalam tanggungjawab kita selama 60 tahun, kita minta maaf kepada orang Melayu.

"Kita perlu bangkit dan jadikan Umno lebih dinamik, segar, bersih, sentiasa bersikap moderate, dan mesti lebih progresif dan mewakili semua rakyat Malaysia dan semua mereka yang tinggal dalam negara,” katanya.

Johari turut mengingatkan para perwakilan bahawa parti itu memerlukan masyarakat Melayu, dan bukan sebaliknya.

"Jik kita ada pemikiran ini, baru kita jaga orang Melayu dengan sebenar-benarnya. Kerana kita perlu orang Melayu.

"Saya perlukan Umno dan Orang Melayu. Bila kita bawa direction (Umno) perlu orang Melayu, kita akan jaga Melayu.

"Tapi jika dabik dada dan kata Melayu perlu Umno… selepas 60 tahun bangun negara, selepas bangunkan ekonomi..tetapi sekarang kita hilang kuasa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Johari yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata tanggungjawab Umno untuk kembali menjadi parti dominan bukan hanya terletak di bahu presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

"Tanggungjawab ni tak boleh hanya diletak di bahu presiden, kena letak dekat 191 ketua bahagian, lebih 22,000 cawangan termasuk semua pemimpin yang duduk di atas pentas MKT ni," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS