Gerak buat laporan polis terhadap Khalil Yaakob
Satu lagi laporan polis dibuat mengenai dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakub berhubung dakwaan melanggar kuota pengeluaran balak di Pahang sebanyak 28,000 ekar setahun.
Satu lagi laporan polis dibuat mengenai dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakub berhubung dakwaan melanggar kuota pengeluaran balak di Pahang sebanyak 28,000 ekar setahun.
Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Gerak Demokrasi dan Anti Korupsi Pahang (Gerak), Mohd Zukri Aksah,35, di Ibu Pejabat Polis Kuantan, Jumaat lalu.
Hadir sama ialah Pengerusi Gerak kebangsaan, Ezam Mohd Noor dan beberapa penyokong badan bukan kerajaan itu.
Ia merupakan laporan polis ketiga yang dibuat terhadap Khalil - selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman pada 28 Mac 2001 dan Razali Alias pada 4 April tahun yang sama.
Menurut laporan tersebut, Gerak mendakwa Mohd Khalil yang ketika itu menjadi Menteri Besar Pahang dan anggota Majlis Perhutanan Negara sehingga pertengahan 1999, seringkali melanggar kuota pengeluaran balak sebanyak 28,000 hektar setahun.
Gerak juga mendakwa, Khalil juga secara salah telah mengguna dan menghabiskan kuota balak negeri Pahang untuk tahun-tahun 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004 yang jumlahnya dianggarkan bernilai antara RM300 juta hingga RM900 juta setahun atau RM1.5 bilion hingga RM4.4 bilion.
Mohd Zukri yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang berkata, beliau membuat laporan itu sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang warga negara.
'Tanggungjawab polis'
Katanya, ia menjadi tanggungjawan polis Pahang untuk melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.
"Saya merujuk kepada salinan polis Fauzi bertaikh 28 Mac 2001 dan laporan susulan Razali mengenai tuduhan terhadap Mohd Khalil," kata Mohd Zukri.
Fauzi dalam laporannya mendakwa, bukan rahsia lagi Khalil sebagai Menteri Besar Pahang ketika itu, meluluskan konsesi hutan kekal dengan tidak menghiraukan kuota yang ditetapkan oleh Dasar Hutan Negara.
Dalam aduan itu, Fauzi mendakwa Khalil, yang juga Setiausaha Agung Umno ketika itu, telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika memimpin Pahang antara 1986 hingga 1999.
Fauzi, dalam duan polis itu, menyebutkan bahawa tindakan Khalil itu "menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai" kerajaan Pahang sekarang akibat hasil kawasan pembalakan bernilai RM300 juta hingga RM900 juta setahun, telah dibuka lebih awal.
Umno Pahang dilaporkan telah memberi hak konsesi kepada Seruan Gemilang Makmur (SGM), dengan hanya bayaran RM50,000.
Ia ditandatangi pada Oktober 2000, memberi SGM hak eksklusif balak seluas 10,000 ekar atau kira-kira t 40 kilometer persegi miliki Umno Pahang.
Setiausaha Kerja Umno Pahang ketika itu, Abdullah Rahmat, telah menandatangi surat itu bagi pihak parti.

