Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Alumni UAIM minta PM umum segera rektor baru
Diterbitkan:  Sep 9, 2024 1:14 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Menteri Pengajian Tinggi, Zambry Abd Kadir mengumumkan segera rektor baru universiti itu yang telah dikosongkan sejak 31 Ogos lalu.

Presidennya, Khalek Awang berkata, kekosongan jawatan itu untuk tempoh yang lama tidak baik daripada segi tatakelola.

"Persatuan Alumni UIAM mahukan rektor yang baru yang mempunyai integriti, kewibawaan akademik dan memahami serta yang paling penting dapat kembali mendukung falsafah UIAM yang asal.

"Pelantikan segera ini penting untuk memulihkan kedudukan UIAM yang telah menyimpang daripada falsafah asal penubuhan," katanya dalam kenyataan.

Khalek tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan bahawa universiti itu telah "menyimpang daripada falsafah asal penubuhannya".

Bagaimanapun dia mengaitkannya dengan reputasi dan prestasi UIAM yang telah merosot dalam senarai rangking dunia, berbanding kedudukan semasa Anwar menjadi Presiden UIAM pada tahun 90-an.

"Rekod UIAM juga merosot setiap tahun dari segi jumlah pelajar antarabangsa.

“Hanya seramai 183 orang pelajar antarabangsa mendaftar pada sesi pengajian yang lepas, berbanding lebih 1,000 orang pada tahun-tahun sebelum 2020," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS