RM100 juta untuk sambutan jubli emas hari Kemerdekaan
Kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM100 juta untuk sambutan ulangtahun jubli emas Kemerdekaan negara, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM100 juta untuk sambutan ulangtahun jubli emas Kemerdekaan negara, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Di Kuala Lumpur sahaja, RM51 juta dibelanjakan untuk sambutan tersebut, manakala RM8.5 juta dibelanjakan untuk promosi mengebarkan 'Jalur Gemilang'.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek memberitahu Parliamen semalam bahawa kos tersebut dianggap wajar untuk memupuk perpaduan nasional.
Menurut beliau, pada mulanya anggaran asal perbelanjaan bagi sambutan tersebut di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah RM74 juta, tetapi perbelanjaan tambahan RM18.25 juta diperlukan - menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah RM93 juta.
Di samping itu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memperuntukkan RM7.2 juta untuk semua kawasan Parlimen bagi merayakan sambutan hari Kemerdekaan di tempat masing-masing.
Kerajaan membelanjakan RM38 juta untuk sambutan ulangtahun kemerdekaan pada tahun 2006 dan RM35 juta pada tahun 2005.
"Beliau berkata dengan penduduk seramai 26 juta, perbelanjaan sebanyak RM100 juta adalah kira-kira RM3 atau RM4 seorang, sekali dalam 50 tahun, sebagai simbol keamanan, keharmonian dan kebajikan yang dinikmati oleh rakyat," kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang memetik kenyataan Dr Awang Adik, dalam blognya.
Pecahan perbelanjaan sambutan 50 tahun Kemerdekaan:
17 Ogos - Pelancaran sambutan ulangtahun Kemerdekaan dan menaikkan Jalur Gemilang (Melaka) - RM3 juta
30 Ogos - Ambang Merdeka (Dataran Merdeka, Kuala Lumpur) - RM8.2 juta
31 OGos: Perbarisan Hari Merdeka (Dataran Merdeka, Kuala Lumpur) - RM26 juta
31 Ogos - Jamuan ringan sempena Merdeka - RM100,000
31 Ogos - Sambutan Merdeka besar-besaran (Stadium Merdeka) - RM17 juta
10 September - Penutupan sambutan ulangtahun Kemerdekaan (Kuching) - RM4 juta
Kempen mengebarkan Jalur Gemilang - RM8.5 juta.
Berita asal

