Anwar doakan Dr Mahathir cepat sembuh
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad cepat sembuh selepas menjalani pembedahan jantung dua lalu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad cepat sembuh selepas menjalani pembedahan jantung dua lalu.
Anwar menjadi timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir sebelum dipecat dari kerajaan dan Umno pada 1998.
"Saya, Azizah dan keluarga turut mendoakan supaya Tun Dr Mahathir dapat cepat pulih kesihatannya setelah menjalani pembedahan jantung dua hari yang lalu," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini.
Ia merupakan pembedahan pintasan jantung yang kedua bagi Dr Mahathir,
selepas kali pertama pada 24 Januari 1989.
Sementara itu, Bernama melaporkan, anggota keluarga Dr Mahathir akan mengadakan majlis bacaan yassin, doa selamat serta solat hajat sebagai tanda kesyukuran beliau berjaya melalui pembedahan pintasan jantung kali kedua pada Selasa lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak anak-anak bekas perdana menteri itu semalam mereka menjemput orang ramai untuk bersama-sama hadir ke majlis tersebut hari ini bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, di Jalan Duta bermula dari solat maghrib (7.30 malam) hingga solat isyak (8.20 malam).
Dr Mahathir yang sudah memulakan diet cecair sejak pagi semalam, dipantau rapi oleh para doktor dan jururawat.
Bagaimanapun pelawat masih dihadkan kepada anggota keluarga yang terdekat sahaja.

