Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ULASAN | Malaysia perlu pelbagaikan rakan dagangan

ULASAN | Mempelbagaikan rakan perdagangan adalah penting bagi Malaysia untuk mengurangkan pergantungan pada bilangan pasaran yang terhad.

Kerajaan Malaysia telah banyak melaburkan dana dan sumber untuk terus mempelbagaikan rakan dagangan supaya mengurangkan pergantungan dan impak atau kejutan yang timbul akibat ketegangan politik, kemelesetan ekonomi atau pertikaian perdagangan di negara atau pasaran yang tertentu.

Ia meningkatkan daya tahan terhadap turun naik pasaran global, membuka peluang pertumbuhan baharu dan memupuk inovasi melalui pendedahan kepada pasaran yang berbeza.

Permohonan untuk menyertai BRICS juga merupakan antara strategi penting untuk mengakses pasaran baharu dan menarik pelaburan asing. Menjadi sebahagian daripada BRICS boleh memudahkan hubungan yang lebih kukuh dengan ekonomi yang sedang pesat membangun, memupuk kerjasama dalam perdagangan, teknologi dan pembangunan infrastruktur.

Selain itu, hubungan perdagangan dan diplomatic yang pelbagai boleh membantu Malaysia memperoleh syarat yang lebih baik dalam rundingan. Ia juga mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan serantau dan global, akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan jangka panjangnya.

Selain mencari jalan untuk mempelbagaikan rakan perdagangan, Malaysia turut mengambil langkah yang strategik untuk membina perhubungan perdagangan yang lebih komprehensif dan mendalam dengan rakan perdagangan utama seperti ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia, China turut melihat penting terhadap perhubungan dengan Malaysia dan pemimpin-pemimpin kedua-dua negara ini telahpun mengadakan banyak perjumpaan rasmi semenjak Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri.

Malaysia harus memaksimumkan lagi potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan rakan perdagangan utama, termasuk dengan menggunakan sepenuhnya platform perdagangan dua hala dan pelbagai hala seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).


NG RU WEI merupakan Pengerusi Biro Ekonomi & Perdagangan Pemuda Amanah Nasional.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS