Tujuh kawasan akan alami suhu harian hingga 37 darjah Celsius
Diterbitkan: Oct 24, 2024 11:53 AM | Dikemas kini: Oct 24, 2024 1:28 PM
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.
Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.
Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/5d28fb0fbe47a01b14cb2fe54aff3bac.png)
