Lebih 1,000 butir peluru dan kelongsong dijumpai bertaburan di dalam sebuah longkang besar di Taman Seremban Jaya di Seremban pagi tadi.

Peluru jenis itu boleh digunakan untuk beberapa jenis senjata api seperti Walter, Browning, HK dan MP5 yang biasanya digunakan oleh pihak polis dan tentera, demikian menurut Bernama.

Difahamkan peluru dan kelongsong jenis 9mm itu ditemui oleh seorang penduduk taman perumahan itu ketika dia hendak membuang bangkai kucingnya kira-kira jam 9.20 pagi.

Dia kemudian menghubungi polis dan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Senawang yang tiba kemudiannya telah mengutip dan mengumpul peluru berkenaan sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Beliau meminta orang ramai yang mengetaui kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis.