Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin diumum jadi Setiausaha Agung PN
Diterbitkan:  Dec 10, 2024 10:06 AM
Dikemaskini: 2:06 AM

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN mengesahkan pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung gabungan itu manakala Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai ketua penerangan.

Menurut Azmin dalam kenyataan malam tadi, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu turut memaklumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai ketua wanita parti berkenaan.

Kata Azmin Bersatu menamakan Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Mohd Radzi Jidin dan Ronald Kiandee sebagai anggota MPT PN selaras dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Mesyuarat MPT PN juga membincangkan dan mengambil maklum perkembangan politik semasa di Sabah dan mengambil ketetapan bahawa PN akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan selewat-lewatnya bulan Nov 2025," katanya.

Dia berkata PN Sabah diberikan tanggungjawab untuk membuat persiapan dan perbincangan dalam merangka strategi untuk membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

MPT PN juga, kata Azmin, menerima penubuhan Jabatan Dasar dan Strategi yang berperanan dalam semua isu-isu strategik dan pelan tindakan strategik serta bertanggungjawab kepada kaji selidik berkaitan isu semasa negara.

Sementara itu, Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS