Nazri nafi badan kehakiman dilanda krisis
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata tidak ada krisis dalam badan kehakiman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata tidak ada krisis dalam badan kehakiman.
Sebaliknya, kata beliau, dakwaan berlaku krisis dalam badan kehakiman adalah perbuatan parti-parti pembangkang yang ingin mempengaruhi rakyat
supaya hilang keyakinan terhadap badan tersebut.
Nazri berkata demikian kepada selepas majlis berbuka puasa dengan kakitangan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai perarakan ahli Majlis Peguam ke pejabat Perdana Menteri semalam dan menyerahkan dua memorandum, satu menggesa pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video yang menunjukkan seorang peguam dikatakan sedang mengatur pelantikan hakim-hakim, dan satu lagi menggesa penubuhan suruhanjaya kehakiman bebas bagi melantik hakim.
"Mereka hendaklah mempastikan kesahihan klip itu dulu..." katanya.
Kerajaan telah membentuk sebuah panel bebas tiga anggota diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor untuk menyiasat klip video itu.
Dua anggota lagi ialah bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.
Mereka akan menerima surat pelantikan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

