Pemuda Umno jadi 'mata dan telinga' polis
Pergerakan Pemuda Umno kini dalam usaha menyertai Rakan Cop dan Rukun Tetangga bagi membolehkan ahlinya menjadi `mata dan telinga' polis dalam mencegah jenayah.
Pergerakan Pemuda Umno kini dalam usaha menyertai Rakan Cop dan Rukun Tetangga bagi membolehkan ahlinya menjadi `mata dan telinga' polis dalam mencegah jenayah.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu selaras dengan pendirian pergerakan tersebut yang mahu usaha mencegah jenayah dilakukan oleh semua pihak dan tidak bergantung kepada polis semata-mata, demikian menurut laporan Bernama.
"Kejadian jenayah berlaku 24 jam sehari. Polis tidak boleh menjaga setiap inci soal keselamatan kita, sedangkan mereka pun kekurangan anggota.
"Kita yang sepatutnya bertanggungjawab mengambil langkah pencegahan dan bekerjasama dengan mereka," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa anjuran Putera Umno bersama anak yatim dan ibu tunggal di Petaling Jaya malam tadi.
Bacaan doa selamat turut diadakan sempena kelahiran anak sulung Khairy, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar pada 13 September lalu.
Seramai 121 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Taman Medan dan 60 orang ibu tunggal serta penduduk setempat hadir pada majlis tersebut.

