Panel siasat pita Lingam bermesyuarat esok
Panel bebas untuk menentukan kesahihan rakaman klip video seorang peguambela sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim-hakim, akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok.

Panel tersebut diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor. Dua lagi anggotanya ialah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha panel tersebut, Datuk Abdullah Sani Ab Hamid berkata mesyuarat itu akan diadakan pada jam 10 pagi di Tingkat 30, Menara Tun Razak.
Abdullah adalah Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.
Penubuhan panel bebas tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak paga 25 September lalu.
Najib berkata, kerajaan memutuskan untuk menubuhkan panel bebas itu kerana dakwaan tersebut dapat menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti serta integriti sistem kehakiman negara.