Isteri Trump pula keluar ‘meme coin’ sendiri
Keluarga Donald Trump terus mengejutkan pasaran mata wang kripto dengan mengeluarkan “meme coin” sendiri.
Kali ini giliran istrinya Melania pula berbuat demikian, tidak sampai 24 jam sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua.
Melania menggunakan simbol $MELANIA untuk token yang menggunakan blok rantai (blockchain) Solana.
“Melania Meme rasmi kini dilancarkan.
“Anda boleh membeli $MELANIA sekarang,” katanya di X, seperti dilakukan suaminya beberapa hari lalu.
Setakat berita ini ditulis, modal pasaran $Melania kini sudah mencapai AS$1.48 bilion, dengan jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam berjumlah AS$1.98 bilion.
$Melania mempunyai had pengeluaran sebanyak satu bilion dan sehingga kini sudah beredar.
Menurut laman web token itu, 35% daripada token diedarkan kepada pasukan token, 20% diperuntukkan kepada komuniti dan perbendaharaan, manakala 15% diedarkan kepada orang ramai dan 10% diperuntukkan untuk kecairan.
Sabtu lepas, Trump, mengumumkan meme $Trump bagi meraikan kejayaan dalam pilihan raya bagi “meraikan segala yang kita perjuangkan”.
Kedua-dua token itu bagaimanapun berdepan kritikan daripada aspek tokenomic apabila kira-kira 90 peratus berada dalam pegangan satu pihak.
Semasa tempoh berkempen, Trump berjanji untuk melaksanakan dasar pro-kripto dan menjadikan AS sebagai “ibu kota kripto”.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/01/19090e13c29f13fe53dce5d345bda930.jpg)
