China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Diterbitkan: Feb 4, 2025 6:45 PM
China memfailkan aduan kepada mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas barangan dari China, menurut Kementerian Perdagangan (MOC) pada Selasa, lapor Xinhua.
Langkah itu diambil bagi melindungi hak dan kepentingan sah China, kata jurucakap MOC sebagai respons kepada pertanyaan media.
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China telah melanggar peraturan WTO secara serius, kata jurucakap itu.
- Bernama - Xinhua
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/06/a870ca1971f5b3db5d918dc9ee48ded2.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.