Akaun X Dr Mahathir digodam, promosi wang kripto
Diterbitkan: Feb 5, 2025 11:03 PM | Dikemas kini: Feb 5, 2025 11:13 PM
Akaun rasmi X milik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah digodam.
“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut,” kata pejabatnya pada satu kenyataan ringkas yang mengesahkan insiden penggodaman itu.
Terdahulu, akaun @chedetofficial mengejutkan ramai apabila memuat naik mesej mempromosikan skim mata wang kripto.
Bagaimanapun, mesej tersebut (gambar judul) telah dipadamkan.
Kini, mesej terbaru yang dipaparkan di akaun X beliau ialah ucapan Tahun Baru Cina yang dimuat naik pada 28 Januari.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/02/1462c9ea5236d1f3fcb68db20ca0a23b.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.