Ops Sikap: 34 maut sejak Ahad lalu
Seramai 34 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sejak Ops Sikap XIII bermula Ahad lalu.
Seramai 34 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sejak Ops Sikap XIII bermula Ahad lalu.
Seramai 20 orang terkorban pada hari pertama Ops SIkap X111 dan 14 lagi terkorban pada hari kedua operasi itu semalam.
Penunggang motosikal masih menjadi mangsa terbesar kemalangan semalam dengan tujuh kematian, pemandu kereta (tiga), penumpang kereta (dua) dan masing-masing seorang bagi penunggang basikal dan pejalan kaki, demikian menurut laporan Bernama.
Menurut kenyataan Polis Bukit Aman hari ini, sembilan dari kes kematian itu berlaku di jalan persekutuan, tiga di jalan bandaran dan masing-masing satu di jalan negeri dan lebuhraya.
Sebanyak 1,209 kes kemalangan dilaporkan semalam menjadikan keseluruhan 2,145 kemalangan berlaku sejak Ahad lalu.
Dari 1,209 kes itu, 543 kes berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (310), jalan negeri (188), lebuh raya (128) dan lain-lain jalan (40).
Sebanyak 11,271 saman pula dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam
berbanding 8,257 saman dikeluarkan pada hari pertama operasi itu.

