Paling Popular
Terkini

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria sedia berdepan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di mahkamah sivil berhubung sebarang kemungkinan saman fitnah.

Peguam Khairul Azam Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa Razman telah menjawab surat tuntutan pemimpin DAP itu yang dikaitkan dengan dakwaan dia menggunakan jawatan menteri untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam.

Surat tuntutan itu juga berkaitan kenyatan yang mendakwa Hannah sebagai anak pengasas YTL Corporation Berhad Yeoh Tiong Lay.

“Jumpa di Mahkamah Tinggi Ipoh," kata peguam itu kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai jawapan pemimpin PAS itu pagi ini.

Sementara itu, peguam Hannah, Sangeet Kaur Deo mengesahkan kepada Malaysiakini berhubung jawapan Razman terhadap surat undang-undang itu.

Antara tindakan seterusnya yang boleh diambil oleh Ahli Parlimen Segambut itu ialah memfailkan saman fitnah di mahkamah terhadap Adun Semanggol itu.

Bulan lalu, Razman memohon maaf kepada Hannah atas kesilapan yang dibuat semasa ucapan selama 30 minit, dengan petikan satu minit mengandungi dakwaan itu menjadi tular.

Kesilapan itu adalah kerana mengaitkan Yeoh sebagai anak kepada pengasas YTL Corporation Berhad Yeoh Tiong Lay.

Hannah kemudiannya menggunakan platform media sosial X dan memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman.

Menurut salinan surat tuntutan bertarikh 28 Januari yang  dilihat oleh Malaysiakini, Hannah  menuntut pampasan RM1 juta serta permohonan maaf secara terbuka berhubung tuntutan penyebaran agama Kristian.

Dalam surat jawapan bertarikh 7 Februari  yang dikeluarkan kepada peguam Hannah, Razman menafikan dia memfitnah pemimpin DAP itu atas alasan pembelaan justifikasi (bersedia untuk membuktikan kenyataannya di mahkamah) dan komen yang adil.

Pemimpin PAS itu menegaskan kata-katanya hanya berdasarkan faktar daripada buku memoir 'Becoming Hannah'.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS