Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petros kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas, kata Fadillah

Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah mengemukakan surat cadangan kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata sekiranya tiada kata putus oleh kedua-dua pihak berkenaan, rundingan melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Abang Johari Openg mengenai perkara itu akan diadakan.

“Petros telah kemukakan surat itu dalam minggu ini yang menyentuh haluan kerjasama pada masa depan, sekarang perlu tunggu maklum balas daripada Petronas.

“Jadi, kita masih menunggu respons Petronas, diharap mereka akan mencapai persetujuan berhubung butiran (rundingan) itu,” katanya.

Fadillah Yusof

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis agihan bubur pedas sempena Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara di Kuching hari ini.

Fadillah berkata rundingan itu termasuk langkah bagi kedua-dua syarikat minyak berkenaan menterjemah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

Baru-baru ini, Anwar pada sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata kerajaan Persekutuan memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri itu.

Perdana menteri turut dilaporkan berkata kerajaan persekutuan akan berbincang dengan kerajaan Sarawak yang menyentuh aspek kerjasama terutamanya melibatkan projek baharu yang bakal diterokai kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS