Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib telah memberi pengecualian kepada Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengemukakan semula usulnya untuk membahaskan kejadian rusuhan yang berlaku di Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ramli yang sebelum ini telah menghantar notis menolak usul tersebut, memberi pengecualian dengan membenarkan Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) memfailkan usul baru.

Ini memeranjatkan Dr Wan Azizah kerana Seksyen 18(8) Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa usul untuk perbahasan tidak boleh difailkan semula selepas ianya ditolak.

Ramli menjelaskan di Dewan Rakyat pagi in bahawa sebelum ini, usul yang dikemukakan presiden PKR itu ditolak atas alasan teknikal kerana Dr Wan Azizah memfailkan usul tersebut terlalu awal.

bahawa alasan untuk penolakan usul tersebut adalah berbentuk teknikal kerana Dr Wan Azizah telah memfailkan usul tersebut terlalu awal.

Pada 21 September lalu, Dr Wan Azizah telah menghantar faks ke pejabat Speaker untuk memaklumkan bahawa usul tersebut mesti didahulukan untuk perbahasan apabila dewan menyambung sidangnya selepas cuti sempena Ramadhan dan Hari Raya Puasa.

Pada 9 Oktober, Dr Wan Azizah menerima faks dari pejabat Speaker, menolak usul tersebut kerana notis mengenainya dibuat terlalu awal.

Menurut Seksyen 18(2) Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, sebarang usul untuk didebat dengan segara mengenai sebarang perkara, mesti difailkan 24 jam sebelum sidang bermula.

Tempoh fail usul

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, Dr Wan Azizah mempertikaikan tafsiran tersebut, kerana beliau berpendapat apa yang dimaksudkan ialah notis mesti difailkan "sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sidang bermula".

Menurutnya, isu kehakiman adalah yang teramat penting dan pendedahan klip video perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam baru-baru ini menunjukkan keadaan yang dahsyat dalam badan perundangan.

"Saya tidak boleh terima alasan Tan Sri Ramli menolak usul tersebut," katanya.

Dr Wan Azizah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan mengemukakan semula usul tersebut esok.

Menurutnya, panel bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan mempunyai bidang tugas yang terhad dan hanya suruhanjaya diraja boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.

Pada 19 September lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebahagian daripada klip video tersebut yang menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim-hakim.

Pendedahan mengenai klip video tersebut telah menggegarkan badan kehakiman, dan kira-kira 2,000 peguam telah berjalan kali sejaruh 3km di Putrajaya sebagai membantah keadaan yang melanda badan tersebut. Berita asal