Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

KATA MP l Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman atas keprihatinan mereka dalam menawarkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.

Usaha ini mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan, dan nilai kemanusiaan yang menjadi asas kepada masyarakat Malaysia yang harmoni.

Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang menunjukkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap satu sama lain.

Buktinya rumah ibadat bukan hanya sebagai tempat beribadah, tetapi juga sebagai pusat komuniti yang dapat memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat, terutama ketika menghadapi saat-saat sukar.

Tindakan yang diambil oleh pihak masjid dan kuil ini adalah bukti bahawa kepelbagaian agama bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan kita. Dalam menghadapi sebarang cabaran, kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa mengamalkan sikap saling kasih sayang dan menyokong, tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Usaha seperti ini wajar dijadikan contoh dan inspirasi kepada semua pihak untuk memainkan peranan dalam membina sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni.

Ini Malaysia yang sebenar!


AARON AGO DAGANG adalah menteri perpaduan negara. Artikel ini pertama kali dinaikkan di laman Facebooknya.

.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS