Klip Lingam: Siasatan panel bebas selesai
Panel bebas yang ditugaskan untuk mengesahkan kesahihan 'klip video Lingam' telah menyelesaikan siasatannya hari ini tetapi tidak pasti sama ada hasil siasatannya itu akan diumumkan kepada orang ramai.
Panel bebas yang ditugaskan untuk mengesahkan kesahihan 'klip video Lingam' telah menyelesaikan siasatannya hari ini tetapi tidak pasti sama ada hasil siasatannya itu akan diumumkan kepada orang ramai.
"Terpulang kepada kerajaan, kita tidak boleh mengumumkan laporan itu kepada orang ramai" kata Pengerusi panel tersebut, Tan Sri Haidar Mohd Noor dalam sidang akhbar selepas bermesyuarat selama lima jam di pejabat Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.
"Kerajaan mesti yang pertama membaca laporan kami dan kita serahkan kepada kerajaan untuk memutuskan sama mahu mahu mengumumkannya," katanya.
Haidar, bekas Hakim Besar Malaya, berkata beliau "tidak pasti" apabila ditanya kepada siapa laporan itu hendak diserah, dan berpusing kepada seorang kakitangan sekretariat - dari Jabatan Perdana Menteri - untuk bertanya.
"PM keh? Saya perlu menyemaknya. Ia bergantunglah, siapa saja yang lapang untuk (menerima laporan tersebut), sama ada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak," jawabnya.
Dua lagi anggota panel bebas itu yang menghadiri mesyuarat hari ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye.
Ini adalah mesyuarat kedua panel tersebut yang dilantik pada 27 September lalu dan dijangka mesyuarat terakhirnya sebelum tarikh akhir 9 November depan untuk menyelesaikan tugasnya.
Haidar berkata, panel tersebut sedang menyediakan laporan kepada kerajaan sebelum 9 November dan panel itu dijangka tidak akan meminta lanjutan masa.
"(Pada masa itu) kita (boleh) cuci tangan, tidak ada lagi kritikan," katanya merujuk kepada komen-komen negatif terhadap bidangkuasa panel itu yang terhadap dalam tugasnya untuk menentukan kesahihan klip video tersebut.
Pandangan pakar
Sehingga ini, bukti yang ada pada panel tersebut hanyalah salinan klip video selama lapan minit - yang telah tersebar luas sejak ia didedahkan oleh PKR pada 19 Septembder.
Satu salinan, yang diperolehi dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditayangkan kepada panel itu hari ini. BPR tidak berjaya mendapatkan versi penuh, termasuk bahagian yang dipotong oleh PKR, untuk melindungi identiti sumbernya.
"Tiada seorangpun yang tampil memberi keterangan berhubung kesahihan klip video tersebut," kata Haidar, sambil menambah, panel itu akan menjalankan siasatan berdasarkan apa yang ada padanya.
Ia juga mendapatkan pandangan pasukan penyiasat BPR dan dua pakar forensik digital dari agensi kerajaan, Cyber Security Malaysia, berhubung kesahihan klip video tersebut.
Bagaimanapun, Haidar tidak mahu menyatakan apa-apa mengenai pandangan dari pakar-pakar tempatan apabila berulangkali ditanya oleh para wartawan.
Ditanya sama ada klip itu kini boleh dianggap sebagai sahih atau sebaliknya, berdasarkan kepada nasihat yang diberikan, Haidar menjawab: "Tidak, tidak, saya tidak dapat menyatakan perkara itu. Kita menyediakan laporan itu kepada kerajaan."
Haidar juga tidak mahu menjawab soalan sama ada beliau menganggap bukti yang diperolehi panel tersebut sudah mencukupi.
Ditanya sama ada klip video yang digunakan sebagai bahan bukti untuk panel tersebut, cukup baik memandangkan ia telah dianggap oleh BPR sudah "diusik', Haidar berkata: "Kita akan lihat".
Ditanya sama ada panel itu puashati dengan hasil siasatannya sehingga ini, beliau menjawab: "Dengan (terma-terma) yang terhad, (jawapan boleh jadi) sama ada 'ya' atau 'tidak'. Tidak banyak yang boleh kita katanya, tiada siapapun yang tampil."
KPN, AG hadir
Haidar juga berkata, panel tersebut telah diberi kuasa oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyimpan bukti yang diperolehi oleh BPR dalam menyiasat kontroversi tersebut.
BPR terikat dengan tanggungjawabnya untuk tidak mendedahkan bukti-bukti yang diperolehinya sebelum pendakwaan dilakukan, kecuali untuk kegunaan pegawainya sendiri ataupun pendakwaraya.
"Kita mendapat kuasa dari Peguam Negara sebagai pendakwaraya supaya BPR dapat menyediakan kepada kita, kita sahaja, maklumat yang ada," kata Haidar.
Abdul Gani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohd Abdul Gani menghadiri mesyuarat hari ini, selama kira-kira sejam sebelum beredar tanpa memberi sebarang komen.
Abu Kassim mengikuti mesyuarat itu hingga akhri tetapi beliau juga tidak bercakap dengan wartawan.
Dalam perkembangan berkaitan, salah seorang pakar forensik digital yang membantu panel tersebut, enggan memberi sebarang komen apabila dihubungi Malaysiakini.
"Kita tidak boleh dedahkan (sama ada klip video itu tulen atau tidak). Adalah lebih beretika untuk penal tersebut membuat sebarang pengumuman mengenainya (jika ada)," kata ketua bahagian forensik digital Cyber Security Malaysia, Aswami Fadillah Mohd Ariffin.
Aswami bagaimanapun berkata, beliau dan seorang lagi penganalisa kanan di agensi tersebut telah dimitan membantu panel tersebut "sejak dari awal lagi". Berita asal

