Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian

Sambutan Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena Hari Wesak hari ini, Anwar berkata di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah serta mengangkat prinsip saling menghormati dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

“Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” katanya.

Hari Wesak disambut penganut agama Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddhartha Gautama Buddha, iaitu kelahiran, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS